Posted in adventure hiking

Adventurer at Gunung Baling, Kedah

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Adventurer at Gunung Baling, Kedah Posted on November 20, 2017Leave a comment

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Buah nenas di atas perahu,

Buah tembikai di makan bersama,

Hidup ini jangan pura-pura tak tahu,

Apa kata kita pergi hiking bersama-sama.

cia cia cia……..

22 october 2017

So, next week we gonna hike Pulai Mount, Kedah then here i updated the story at Baling Mount.

Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Ketinggian pula 546m. Mengambil masa lebih kurang dua jam untuk mendaki. Boleh juga diketogorikan sebanyak tiga peringkat pendakian.

Pada peringkat pertama, hangpa akan lalui trek tanah dan terus mendaki. Hangpa mau taw la terus daki-daki ni padahal baru lepas turun dari kereta dan lalalala tiba-tiba macam nak cabut nyawa rasa. HAHA! Jadi pada peringkat pertama ni aku nasihatkan hangpa relax, tak lari gunung dikejar. Yang terkejar-kejar tu bila membe tinggai belakang sorang. HAHA! So, make sure berdua lah, kalau sesat ka jumpa bunian ka, sekurang nya pengalaman berdua. HAHA! Aku awal-awal dan pancit, rasa nak patah balik, bila tengok semua orang dah maju kedepan. Sampai saja di pondok pertama aku ternampak adik aku, Maria yang menunggu dengan penuh sabar. Thank You broh. Jadi, pendakian di teruskan dengan penuh sabar.

Peringkat yang Kedua, adalah laluan hutan dan berbatu. Kat sini rasa lebih relax sebab berjalan, mendaki pon sikit-sikit enjit enjit semut saja. Kat sini aku dan maria boleh la bergurau senda melepaskan lelah, buat IG story mahupun minum ayaq dan memakan kit kat. HAHA!

Peringkat Ketiga, laluan batu dan semestinya masih mendaki. AWAS! celah-celah batu ada lobang. Boleh lalu melalui lobang. Hang ingat hang spiderman ka nak panjat batu besaq besaq tu, mau terkoyak seluaq. kah! Bila dah nak sampai puncak tu, kita dah mental sikit penat dengan ayaq yang tidak mencukupi. Bila aku dok keloi ( sahut)

uiitt, uitttt, halooooo

macam tak dak orang kat puncak ja, rasa macam nak patah balik turun dah ni. Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan (kenapa la tak guna senduk ja). Akhirnya sampai dengan selamat. Apa yang seronok kat atas puncak tu? mestilah rasa kepuasan yang tidak terhingga, rasa kemenangan, rasa anugerah, walau lelah aku rasa tapi hidup harus diteruskan. Dan semestinya keindahan yang luar biasa. Subhanaalah.

Pendakian kali ini disertai oleh kak sarina, bos rashidi, ipah, abe meon, abe yeon, sufi, maria dan aku.

Tak dapat nak rungkai keseronokkan mendaki dan memaki hamun didalam hati why i join this adventure but you will never regret when you at the top. Hangpa p lah sendiri ushar tengok. Oh ya, kat sini aku sertakan video. Tak banyak content dan picture because too tired to get any pictures. Just wanna chill out and sleep. rejoiceee~

 

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *