Posted in adventure hiking

Aku sudah mendaki Gunung Pulai, Kedah!

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Aku sudah mendaki Gunung Pulai, Kedah! Posted on December 1, 2017Leave a comment

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

26 November 2017.

Aku tak mau skema-skema sangat dan kita baca tenang-tenang sahaja. Jadi, aku mulakan dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ dan dua rangkap pantun.

No pain, no Gain,

Got pain, cry again.

haha!

Jika hangpa nak mendaki di Pulai, tak dak apa yang nak ditakutkan melainkan Allah. Tiada limit umur, cuma berhati-hati dan bergerak dalam kumpulan. Selain dari air yang mencukupi, gula-gula dan badan hangpa, aku cadangkan hangpa pakai sarung tangan. Boleh cari dekat DIY sarung tangan berkebun dua pasang baru RM3. Yang nak naik malam tu jangan lupa headlamp, juga boleh didapati dekat DIY baru RM7.90. Iklan pulak itew…

Cengkerik bersahutan, bintaang-bintang berkelipan, cewah!

Aku dan suhabat, eh maaf, aku dan sahabat bertolak dari Alor Setar pada pukul 2:30am. Tiada masalah ketinggalan kerna semua sahabat yang perempuan ni sleepover at my place dan yang lelaki pon tiada masalah sebab jenis bersemangat waja bila nak buat aktiviti peluh.

Perjalanan mengambil masa dua jam untuk tiba ke destinasi, tambah rencah mengantuk, memandu dengan perlahan serta drive thru di kfc. Pelan-pelan janji selamat. Setibanya di destinasi, kami diberi keterangan oleh guide dan memulakan perjalanan pada pukul 4:45am. Dalam keadaan gelap gelita cuma berharap pada guide dan juga pada headlamp, perjalanan diteruskn dengan sabar. Naik ja terus pecah peluh la baq hang dan part yang mencabar, hujan mula turun, tidak lebat tapi boleh menlencunkan seluruh jiwa dan raga basikal.

Fakta: 99.9% track adalah berbatu dan memanjat sahaja. Ketinggian 620m dan mempunyai 4 point.

Jarak antara 4point berbeza-beza, point ke4 paling jauh dan paling nak bebal. kah! Dekat point ni la hangpa nak duduk ka, rehat ka, solat ka, terpulang dong. Sebab lepas dari itu atau sebelum dari itu semuanya batu yang tajam-tajam, duduk pon boleh tembus juboq. Nahh, di sini mengapa kena pakai seluar yang bagus sikit, srettttt terkoyak ni, nahh, cik ros tak ada diatas nak menjahit seluar abang-abang semua. kah!

Melepasi saja point 4, aku dan memang pancit habis sebab berehat pon sekejap saja, mungkin sebab terkejar sunset. Tambah pulak aku ni bukanlah hari-hari jogging, hari-hari main bole ke, hari-hari makan ada lah. Dengan berat gua yang macam gua kelam ni. Sabar ja lah, tapi, tidak lari gunung dikejar. Masa dah nak putus asa ni, perumpamaan dan peribahasa memang amat berguna masa tu. haha!

Tapi bila dah diatas kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Mashaallah, subhanallah, AKU SAMPAI!YEAY!

Bila dan hang give allover masa nak mendaki, bila nak turun hang stress. Sebabnya bila hujan, licin, kena mendaki turun, bukan berjalan. Aku dan sahabat mengambil masa lebih kurang 3jam untuk mendaki naik dan 4jam mendaki turun. Bila dah siang, dah nampak track, semua macam tak percaya ‘ oi ni ka yang kita panjat ni, jalan lain kot, curam bapak’, lebih kurang macam tu lah bunyi nya terkejut beruk itu. Masa tu kaki ada yang dah shaking, yang dah lebam, yang jatuh, yang seluar terkoyak rabak, yang gayat, yang cramp, nahhh masa itu memang uji kesabaran.

Terima Kasih kawan-kawan. Kalau nak cerita pon, terlampau banyak nak diceritakan, yang selebihnya aku simpan kenangan ini didalam satu video. Setiap satu pendakian, ada disebalik cabaran dan cerita yang tersendiri dan saat indah pasti bersama temen-temen. Cia cia cia…

Selamat malam. Enjoy our video below.

 

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *