Posted in adventure hiking

MENDAKI & BERKHEMAH DI KERACHUT BEACH, PENANG

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

MENDAKI & BERKHEMAH DI KERACHUT BEACH, PENANG Posted on January 21, 20182 Comments

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Beg ku kemas rapi, keperluan pakaian aku kurangkan semampu boleh, peralatan harus lah yang paling utama dan setiap detik waktu tidurku tidak begitu lena kerana berdebar mahu bertemu sahabat yang disana.

Pada tarikh 6 January 2018 yang lalu kami telah merasa berkhemah di pantai kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Selalunya berkhemah pasti bersama sekolah, universiti mahupon kelab. Kali ni selepas sekian lama tidak berkhemah, dan sekian lama tidak merasa suasana tidur dihutan. Jadi perasaan gumbira itu datang bagaikan emas yang jatuh dari langit. kah!

Kali ini kami mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam. Tepat pukul 6:00pagi masing-masing berada di KTM menunggu train tiba dan berjumpa di KTM Seberang Jaya. Aku sendiri dari Parit Buntar dengan tambang cuma RM3.90 mampu milik!

Setiba berjumpa di Seberang Jaya kami meneruskan perjalanan dengan menaiki feri ke tanah besar. Kemudian mengambil bus rapid (teluk bahang) ke taman negara.

setibanya di Taman Negara

Disebabkan hutan ini telah didalam gengaman Taman Negara (amboi ayat), jadi jika mahu bermalam perlu dikenakan bayaran RM150/night dan akan diberikan seorang guide. Jika hangpa balik hari (daypack) cuma perlu daftar di tempat pendaftaran sebelum masuk. Juga diberi pilihan, mahu menaiki bot semasa balik atau tidak. Kami memilih untuk mendaki sahaja.

Perjalanan mengambil masa dua jam untuk sampai dipantai Kerachut, dengan beban yang berat mata memandang berat lagi bahu memikul, memang rasa bole cari gaduh.Track tiadalah berat atau payah namun beban beg yang dibawa memang menguji minda, mental dan kesabaran.  Jadi masing-masing relax kan minda dan layan permandangan dan suasana hutan ciptaan Tuhan. Penat berhenti,ok jalan, janji sampai.

sarina with pokok petai
bau daun kayu manis, sarina dan iffah ( sampai stim mata tu, haha!)
ok guys, candid satu

Setelah berlelah, akhirnya sampai jua di jambatan Pantai Kerachut!

sampai jugak akhirnya!

Kami sampai mungkin lebih kurang pukul 3pm. Setibanya disana mestilah setup dulu khemah sebelum gelap. Untuk anda yang berminat, tidak perlu risau. Kemudahan semua ada, tempat solat, bilik air, kawasan khemah, tandas melepaskan hajat, cuma sekarang Taman Negara tidak membernarkan mandi di pantai kerana struktur tanah yang bahaya. Jika nak rasa lemas atau rasa bagaikan disyurga boleh la cuba. ihiks!

Perut pon dah keroncong, pastilah makan dulu. Usai makan pastilah cari port untuk mandi, disebabkan pantai tidak dibenarkan mandi manda, kami pon cari lopak-lopak sungai. PON BOLEH!

lets take a selfieeee
mandi sungai
layan sunset. credit to uncle from another group

Untuk perkhemahan yang pertama kali ini, mungkin semua tidak bersedia ataupun dah lama tidak berkhemah jadi persediaan makan tu kurang. Menjelang malam memanglah perut kriuk kriuk kriuk. Untuk mengisi kekosongan perut itu, sebelum menunggu waktu phanton dan penyu timbul, layan main UNO dulu. haha!

sufi, iffa, kemal dan guide kita (abg bakar)
madam menilik nasib dengan headlight on untuk lagi ummmph

Setelah penat, biasa la masing-masing mulai tidor dan menunggu untuk keeseokkan harinya.

muka comey nak kena sepak, aki said mat pagi
2 hari minum kopi, penyebab tak bole lena
muka semua nak cari gaduh, lapar
nak makan apa nii
melompat dengan lebih tinggi
melawat penyu punya telur

Siapa sangka dekat pulau pinang ada penyu! Disin juga ada tempat penyelidikan untuk penyu. Tapi kami tidak bernasib baik untuk berjumpa dengan penyu yang datang bertelur  cuma dapat melihat yang dibela didalam tempat penyelidikan. Usai kemas diri dan kemas segala peralatan kami pon sudah mula berangkat pulang kerana esoknya masing-masing perlu kerja.

interframe sikit. credit to aki for this beautiful picture. haha
tengok apa? jom kemas barang
single lagi beb
kemas masuk beg.
sat lagi ada yang kena luku kapala haha
menuju pulang
dah sampai boleh lah bergambar di jeti hihi

Perut pon keroncong, badan pon dah letih, apa lagi, kalau dah sampai penang ni pekena la kapitan sekali.

muka lepas kena kapitan nasi briani
jalan kaki dari kapitan ke jeti

Kami berpisah di KTM Seberang Jaya, bagi aku sendiri. Pengalaman ini tidak mungkin aku lupa. Setiap kali mendaki setiap kali itu tercipta sendiri kenangannya. Mungkin aku sudah jatuh cinta di gunung, walaupon kaki asyik kekejangan. kah!

Dan mungkin juga kerana aku jatuh cinta dengan kawan-kawan yang sudah berpisah tempat kerjanya. Namun tidak berpisah jiwanya. Semua manusia itu tidak sempurna, inshaallah manusia itu melengkapi. Aku terima kau, sahabat dengan apa adanya engkau. Mendaki juga mengajar aku erti kesabaran dan kebesaran Allah s.w.t. Kau mungkin kaki besi, laju mendaki, mengejar matahari terbenam disebelah sana, mengejar angin dan udara yang bertiup, mengejar cantiknya awan namun sedarkah kita semua ini hanya dengan keizinan yang Maha Kuasa.

Sekian,

aku yang biasa-biasa.

jemput tonton updated video from me.

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

2 comments

    1. baru sahaja pulang dri pantai keracut, rm150 dikenakan utk bayar guide shja…. tapk khemh adalh percuma… sew khemah tu xpasti…. sy pun xpasti mmg wajib ka ambil guide utk bermlm, sbb rm150 utk seorang guide agak tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *