Posted in adventure hiking

Irau Mt. Mossy Forest, Cameron Highland, Pahang

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Irau Mt. Mossy Forest, Cameron Highland, Pahang Posted on April 25, 2018Leave a comment

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Assalamualaikum,

Gunung Irau ataupon Mossy Forest terletak di Cameron Highland. Ketinggian Irau adalah 2110 m , 6992 feet. Membuatkan Irau adalah Gunung yang ke15 tertinggi di Malaysia. Track adalah mossy, sejuk, lembab dan berkabus.

Aku dan rakan-rakan mendaki sudah lama tapi rasanya baru ada masa nak menaip. Kami mendaki pada 3 February 2018. Persediaan sebelum mendaki haruslah tidur yang cukup jadi aku dan 6 lagi kawan mengambil keputusan untuk menyewa homestay. Oh ya! dan terima kasih kepada Lipan hikers yang tolong mengasuh dari awal sampai la tamat acara. Nak naik kena ada permit taw, jangan p redah tak tentu hala saja. hihi

Kami mula berkumpul di hotel nova pada pukul 5am untuk pickup point sebelum mendaki dikaki Gunung Irau.

Comey tak. hihi
Di starting point Gunung Irau

Kami mula mendaki pada pukul 8 pagi. Kalau tengok gambar kat atas tu, memang suasana dia misty cloud dan sangat la sejuk. Jadi masa ni memang gigil sebab sejuk sangat pada suhu 12degree. Glove, windbreaker/sweater sangatlah perlu. Walaupon penat mendaki, peluh tu tak terasa. Baju basah dek air embun saja.

Sampai di Mini Irau

Gambar di atas bersama sweeper, line up dan geng. Boleh kata tiap kali hiking memang geng kami paling lewat dan lambat. Biar lambat asal selamat. Kena ada kesabaran yang tinggi jugak nak jadi sweeper ni haha. Kalau dah sampai di Mini Irau tak jauh dah dari puncak, amik masa dalam lagi dua jam. Kami sampai lebih kurang jam 12 tengah hari di Mini Irau. Berehat sebentar, amik gmbar dan perjalanan harus diteruskan. Sepanjang perndakian, mata, hati dan mulut tidak berhenti memuji bertapa cantiknya mossy forest ni. Tapi track agak lecak dan berlumpur jadi pilih lah pakaian serta kasut yang sesuai.

Tepat pada pukul 2:30 petang aku sampai di puncak. Ada kawan-kawan yang laju tu depa sampai dulu. Aku memang layan track, relax, amik gambar, layan kaki cramp. hihi..

Apa perasaan sampai di puncak? Puncak Irau tak cantik sebab keliling ditutupi dengan pokok-pokok jadi tak nampak permandangan gunung ganang yang lain mahupon awan-awan. Bagi aku sendiri, perjalanan semasa mendaki tu perasaan di memang lain. Setiap gunung mahupon bukit, perasaan mendaki dan sampai dipuncak tu perasaan berbeza-beza. Bukan trend ataupon ikutan tapi hiking ni memang perasaan dia amat berbeza.

macam dalam filem
Mr tupai
masa ni masih bersama-sama, tunggu masa dah letih, semua pakat berpecah
Bersama sweeper padu
ini hobbit ka?haha
waktu dipuncak, kaki cramp

Waktu yang diberikan semasa dipuncak cuma 30min. Mampuih letih, kaki mula menjerit-jerit kekejangan. Yang mana dah sampai awal sikit, bole la mula main masak-masak meggi. Macam makanan wajib bila kat puncak.

line up yang padu

Pukul 3pm mula bersurai turun. Nak cerita banyak lagi tapi masa mencemburui kita. kih3.. Sepanjang bulan 2-3 aku sempat jugak ke sungai chiling, bukit batu chondong, Gunung Yong Belar dan juga Gunung Semanggol. Semua ni pengalaman lain-lain. Nanti aku free aku cerita, yang paling sakit cerita di Yong Belar. Doakan aku rajin ye menaip. Last, silalah tengok video yang tak seberapa ni di Mossy Forest.

 

hi, i am the coolest person, simple, young, pretty but a little fat and yet full of motivation. Love outdoor activities, it is make my brain walking through universe. Nice to meet youh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *